Sejarah

Sejarah Penubuhan Rumah Anak Yatim/Miskin
di bawah
Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam.

Rumah Anak Yatim/Miskin di bawah Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam di tubuhkan pada 11 Shaaban 1437 hijrah bersamaan 18 haribulan Mei 2016.

Dua belas orang anak yatim atau miskin telah berdaftar. Seramai sembilan orang anak-anak ini adalah bekas penghuni Asrama Penginapan Anak Yatim/Miskin Kampung Paya Besar atau lebih di kenali dengan nama Asrama PenginapanDarul Aitam



Darul Aitam dibuka oleh Allahyarham Ustaz Haji Mat Saad Bin Ahmad bekas guru agama dan juga pernah menjadi penyelia asrama selama 8 tahun di Asrama Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Kampung  Che  Bema yang merupakan rumah perlindungan anak yatim/miskin milik Kerajaan Negeri Kedah. Dari pengalaman tersebut beliau secara sukarela membuka sebuah rumah perlindungan anak yatim/miskin.

Setelah kematian Allahyarham Ustaz Haji Mat Saad Bin Ahmad iaitu pengurus dan pentadbir Asrama Penginapan Darul Aitampada 15 haribulan Mei 2016, seramai 16 orang anak yatim/miskin tiada lagi tempat berlindung. Ini adalah kerana rumah milik Allahyarham kini tiada penjaga.


Sementara itu jawatankuasa penaja Asrama Penginapan Darul Aitam telah terbubar dengan sendirinya. Salah satu masalah besar ialah tiada penjaga yang tinggal di rumah peninggalan Allahyarham dan sebahagian waris mengambil semula anak-anak ini. 

Pada 17 Mei 2016, En. Mohamad Rosli membuat keputusan dengan memindahkan baki anak-anak yang sedia ada ke kediaman beliau di 56, Kampung Kuala Samak, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

En. Mohamad Rosli adalah bekas sukarelawan Asrama Penginapan Darul Aitam dan pernah menjadi sukarelawan dari tahun 2006 hingga 2013 di Asrama Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Kampung  Che  Bema, Sungai Petani, Kedah


Dari pengalaman itu En. Mohamad Rosli menjadikan kediaman milik beliau sebagai Rumah Anak Yatim/Miskin sementara.


Mempunyai dua buah bilik tidur, sebuah bilik mandi dan sebuah tandas. Satu bilik tidur untuk kegunaan peribadi dan satu lagi digunakan oleh anak-anak.

Bilik tidur anak-anak hanya dapat menampung 8 orang sahaja. Selebihnya anak-anak tidur di ruang tamu.





Kediaman juga tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menyimpan barang-barang peribadi seperti pakaian, kasut, buku dan sebagainya. Keadaan ini menyukarkan aktiviti harian anak-anak

Namun En. Mohamad Rosli sanggup menerima kemasukan penghuni baru menjadikan jumlah anak-anak meningkat kepada 12 orang dengan kemasukan 3 orang anak anak dari Flat Paya Nahu. 


Semua anak-anak amat gembira untuk tinggal di sini setelah beliau menyatakan bahawa rumah tersebut akan dijadikan rumah perlindungan anak yatim/miskin sehingga akhir hayat beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pembinaan Asrama Baru Untuk Rumah Anak Yatim 2024.

Negeri ini cukup indah dan permai, semoga kami dapat membina sebuah asrama di sini. Sumbagan melalui akaun ini. Nama                        ...