بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, وبعد.
Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan taufik hidayahNya, sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin yang dinamakan dengan nama RUMAH ANAK YATIM/MISKIN SINAR KASIH DARUL AITAM telah pun berjaya ditubuhkan. Rumah anak yatim ini adalah di bawah naungan PERTUBUHAN SINAR KASIH DARUL AITAM dengan No. pendaftaran PPM-002-02-05062016.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Membina bilik tidur, bilik pakaian, bilik mandi, ruang makan dan dapur.
Boleh Menempatkan 10 orang anak yatim.
Siap 40%.
2. Membina Surau yang boleh memuatkan jemaah 50 orang.
Untuk kegunaan anak yatim dan tetamu yang datang.
Cadangan mendapatkan bahan binaan terpakai seperti kayu, bumbung dan sebagainya.
Sedang berusaha mencari bahan binaan terpakai dan dana.
3. Membina ruang belajar dan menyimpan barangan sekolah.
Untuk kegunaan menyimpan beg sekolah, buku, peralatan pembelajaran dan lain-lain.
Sehingga kini anak yatim perlu menyimpan barang di ruang hadapan rumah.
Pada masa ini, bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal dirumah ini adalah seramai 12 orang dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh saya dan pihak Jawatankuasa Rumah Anak Yatim/Miskin.
Buat masa ini, sumber kewangan untuk tujuan ini adalah dari wang peribadi dan juga derma yang diterima dari dermawan-dermawan yang budiman. Saya dan Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan ke arah menjayakan hasrat murni ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian.
Wabillahhitaufik. Wassalam.
Hadits riwayat Imam Bukhari
عَنْ سَهْلٍ بْنِ سَعْدٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا
Dari Sahl bin Sa’ad r.a berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam surga seperti ini.” Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya serta merenggangkan keduanya.”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERANCANGAN LIMA TAHUN. 2017-2022
Boleh Menempatkan 10 orang anak yatim.
Siap 40%.
2. Membina Surau yang boleh memuatkan jemaah 50 orang.
Untuk kegunaan anak yatim dan tetamu yang datang.
Cadangan mendapatkan bahan binaan terpakai seperti kayu, bumbung dan sebagainya.
Sedang berusaha mencari bahan binaan terpakai dan dana.
3. Membina ruang belajar dan menyimpan barangan sekolah.
Untuk kegunaan menyimpan beg sekolah, buku, peralatan pembelajaran dan lain-lain.
Sehingga kini anak yatim perlu menyimpan barang di ruang hadapan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan